Pertukaran Pengerusi Perumahan @ 11 Jun 2010

Mesyuarat Agung Perumahan Persekutuan Kawasan Bintulu yang telah diadakan pada 11 Jun 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat Gunasama Persekutuan di Wisma Persekutuan Bahagian Bintulu telah sepakat memilih Tuan Marutin Pagan (Hakim Mahkamah Sesyen Gred L54) sebagai Pengerusi yang baru. Justeru itu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan semasa saya menjawat jawatan tersebut selama ini. Segala urusan perumahan gunasama persekutuan seperti permohonan kuarters hendaklah ditujukan terus melalui setiausaha beliau iaitu Pn. Dayangku Intan.

Sekian, terima kasih,

Abg Abd Mohd Rizal Bin Abg Junaidi / Abg Rizal
JANM Caw Bintulu