Perumahan Bintulu

Asalamualaikum WBT / Salam Sejahtera,
Tuan/puan,
1.Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas kepercayaan tuan/puan melantik saya sebagai Pengerusi Lembaga Perumahan Persekutuan Bintulu mulai pada 2 April 2009 bagi sesi 2009/2010.
2.Seperti yang tuan/puan sedia maklum, permintaan terhadap kuarters / flat di Bintulu amat kritikal pada masa ini, dimana semua 85 unit tersebut telah diisi buat masa ini. Senarai menunggu di tangan saya pada masa ini ialah menghampiri 200 orang kakitangan kerajaan persekutuan / badan berkanun.Justeru itu saya berharap tuan/puan bersabar dan usaha sedang saya lakukan dengan berunding dengan BDA, Suruhanjaya Perumahan Sarawak di samping SUPS bagamana membantu mereka yang berpendapatan rendah menyewa dengan kos yang lebih berpatutan.
3.Diharap, blog ini memudahkan warga pekerja persekutuan yang sedang mencari rumah sewa di bintulu dapat mengikuti perkembangan semasa di Bintulu.
Selamat menyambut hari pekerja,
Sekian, terima kasih,
Abg Abd Mohd Rizal Bin Abg Junaidi
Pengerusi Perumahan Persekutuan Bintulu, Sarawak